Seperti yang diketahui umum, mempunyai blog adalah sesuatu yang biasa, malah ada yang menganggap ianya suatu kemestian di zaman serba maya ini. Bagi yang hendak memulakan blog mereka sendiri, soalan yang sangat lazim ditanyakan adalah ” apa topik yang hendak ditulis dalam blog aku ni?”. Disinilah permulaan jalan blog seseorang, dan disinilah beberapa kesilapan boleh berlaku tanpa disedari dan bila ianya disedari, mungkin sudah terlalu lama untuk kembali ke pangkal jalan. Disini disertakan 4 kesilapan yang mungkin berlaku kepada sesiapa yang hendak memulakan blog mereka. 4 kesilapan tersebut ialah:-
- Memilih topik yang sangat diminati tetapi tidak kepada orang lain.
-
Memilih subjek yang anda tidak mahir dengannya.
-
Tiada fokus tertentu dalam menghasilkan blog.
-
Memilih tajuk setelah melihat orang membuat duit dengannya.
Jadi bagaimana hendak memulakan blog dengan cara yang betul? Jawapannya sangat mudah, pilihlah tajuk yang anda minati. Senaraikan hobi anda, atau segala yang anda minat dan yang anda suka lakukan dan tulis mengenainya di blog anda. Penulisan memlalui pengalaman juga boleh dipraktikkan dalam menghasilkan blog. Tolong jangan fikirkan sangat tentang nak cari duit dengan blog kerana ianya akan membuatkan anda hilang fokus, seterusnya lari dari tajuk utama blog anda.
Jika terlalu banyak idea yang terlintas dalam fikiran anda, tolong pilih hanya satu topik sahaja dan luangkan banyak masa dengannya. Ini kerana jika anda ada banyak topik, anda kemungkinan akan menghasilkan blog yang biasa sahaja kerana kurangnya penumpuan kepada setiap satu blog yang anda hasilkan. Contohnya, jika anda mempunyai tiga topik, lantas menghasilkan 3 topik, berkemungkinan anda akan menghasilkan 3 blog yang biasa sahaja. Tetapi jika anda menumpukan perhatian kepada satu topik sahaja, anda akan dapat menghasilkan blog yang benar-benar berkualiti kerana anda hanya fokus kepada satu topik sahaja.
Menjana pendapatan dengan blog memanglah menjadi impian setiap blogger, tetapi pendapatan tidak dapat dijana jika tiada traffik yang singgah ke laman blog anda. Seperti yang saya katakan tadi, jangan fikirkan sangat tentang duit. Tumpukan dulu dalam usaha untuk mencari traffik dan bila adanya traffik, pastinya mudah untuk menjana pendapatan. Ini berlaku secara normal. Tetapkan masa tertentu, dan perhatikan jika sesuatu topik yang anda pilih itu berjaya meikat hati pelawat blog ataupun tidak. Jika tidak, jangan berlengah, tukar segera kepada topik atau subjek yang lain, yang difikirkan sesuai.




